BADRUL MUNIR BIN MD. ISA

Dilahirkan pada 13 November 1952, Badrul Munir
Bin Md. Isa atau lebih dikenali sebagai Pak Abang merupakan individu yang tidak
asing lagi dalam dunia persembahan teater di negeri Kedah.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah
Alor Merah dan Sekolah Menengah St. Micheal, Alor Setar sebelum meneruskan
pembelajaran di dalam Diploma Pengurusan Dan Pentadbiran Institut Teknologi
Mara (ITM). Selain itu, beliau juga memiliki Sijil Pengurusan Kewangan Pusat
Latihan Bank Bumiputra; Sijil Pengurusan dan Pentadbiran Kursus Intensif
Pegawai Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia; dan Short Course In
Dramatics Society & Performing Arts Sydenhem College London.
Beliau mula terlibat dalam bidang teater sejak
di bangku sekolah dan bergiat aktif selepas menamatkan pengajian di Institut
Teknologi MARA (ITM) dengan menyertai kumpulan ASAS sebagai penari dan aktivis
teater bersama Kumpulan Artis Utara (KAU) pada tahun 1975. Pada tahun 1981,
beliau telah merupakan salah seorang yang membawa kejayaan kepada Majlis Teater
Sekolah-Sekolah Kedah yang telah memenangi tempat pertama Kategori Drama dalam
Siri Pertandingan Drama dan Tarian anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan pada 1981.
Beliau juga pernah menjadi juri dan
fasilatitor bengkel sempena Festival Teater Malaysia di peringkat negeri Kedah
anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan juri Festival Teater
MAKUM selain pernah menjayakan pementasan bangsawan. Beliau sering diundang
sebagai panel berkaitan teater seperti seminar dan forum.
Selain bidang Teater, Pak Abang juga
berpengalaman dalam bidang Penyelidikan, Perundingan dan Penerbitan Rancangan
TV sebagai Panel Penyelidikan Sejarah & Perundingan Skrip, Perunding Skrip Penerbitan
Drama TV & Dokumentari Unit Drama TV RTM dan Perunding Skrip Rancangan ‘Seruan
Haji’ iaitu program kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), Lembaga
Urusan Tabung Haji dan RTM.
Kini beliau bertugas sebagai Penerbit Eksekutif
di Artsri United Sdn. Bhd (Syarikat Penerbitan Rancangan TV.