Pesta Odou Bakanjar

Pesta Odou Bakanjar

Pesta Odou Bakanjar adalah pesta yang telah diusahakan oleh Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) bagai mewujudkan satu sambutan atau pesta bagi mengumpulkan semua etnik Dusun Tatana yang pada masa kini mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama.

Pesta ini biasanya diadakan ketika hari-hari peryaan seperti ketika sambutan tahun Tahun Batu Cina kerana pada masa ini kebanyakkan keluarga etnik Dusun Tatana ramai yang balik kampung bercuti dan berkumpul ramai-ramai.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan ketika sambutan pesta ini yang mana ianya banyak memaparkan atau menonjolkan kebudayaan etnik Dusun Tatana seperti dari segi makanan, minuman, tarian dan lain-lain lagi.

Tujuan utama Pesta Odou Bakanjar adalah untuk mengeratkan hubungan etnik Dusun Tatana dengan etnik lain, memelihara budaya serta memperkenalkan budaya Dusun Tatana serta produk pelancongan negara khususnya di daerah Kuala Penyu, Sabah.

Tempat Pelaksanaan: Kuala Penyu, Sabah

Tel: 088-253582 / 088-288748

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

Jalan Tunku Abdul Rahman

Pusat Bandar Kota Kinabalu

88000 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-268 863/879

E-mel: SabahCultural.Board@outlook.com