Regatta Lepa

Regatta Lepa

Pesta Regatta Lepa telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan diadakan setiap tahun dalam bulan April. Pada mulanya ia hanya disambut di peringkat daerah Semporna dan seterusnya ke peringkat negeri Sabah sahaja. Namun pada tahun 2003, pesta ini telah dimasukkan ke dalam kalender ‘Pesta Air Malaysia’ dan seterusnya menjadi salah satu acara tahunan negara Malaysia.

Pesta Regatta Lepa adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi kesenian dan kebudayaan adat suku kaum Bajau Laut di Sabah terutama sekali di daerah Semporna. Kebanyakan masyarakat Bajau Laut akan berada di pesta ini untuk sama-sama menyambut dan mengikuti acara yang diadakan, terutama sekali pertandingan untuk gelaran perahu ‘Lepa Tercantik’.

Sambutan Pesta Regatta, biasanya dijalankan selama 2 hari hingga 3 hari dengan menghias cantik perahu atau lepa menggunakan renda, payung dan sambulayang yang berwarna-warni. Ketika pertandingan untuk pemilihan ‘Lepa Tercantik’, semua lepa akan bergerak dengan perlahan di hadapan pentas untuk dinilai oleh para juri.

Selain pertandingan lepa tercantik, terdapat juga beberapa acara lain yang dijalankan iaitu seperti ratu cantik Lepa, lumba kelle-kelle, tarik tali lepa, lumba renan, pertandingan menangkap itik dan sebagainya. Pesta Regatta Lepa ini biasanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Acara Laut dan Acara Pentas Budaya serta Pameran.

 Tempat pelaksanaan: Persisiran laut di bandar Semporna, Sabah

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

Jalan Tasik Off KM4 Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu,

SABAH

 Telefon:  088-205 070