SYED INDERA BIN SYED OMAR

SYED INDERA BIN SYED OMAR

Syed Indera bin Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Siso Kopratasa dilahirkan di Kampung Balok, Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan salah seorang pengasas dan penyanyi Kumpulan Kopratasa. Selain menjadi penyanyi lagu-lagu puisi, beliau juga merupakan seorang pencipta lagu dan penulis lirik.

Kerjaya seni beliau bermula dari awal tahun 1985 apabila Dato' M. Nasir memberi kepercayaan kepada beliau untuk menulis lirik lagu tema filem Rozana Cinta 87. Pelbagai genre muzik dan lirik telah dihasilkan oleh beliau seperti balada, puisi, irama Malaysia, patriotik dan sebagainya. 

Lagu-lagu beliau telah dinyanyikan oleh ramai penyanyi popular tanah air. Berpengalaman luas selama 35 tahun dalam industri seni hiburan. Sekarang bertugas sebagai Karyawan Seni di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semenjak tahun 2016.

Siso Kopratasa merupakan seorang pelakon teater di awal era 90-an. Beliau pernah terlibat dalam pementasan teater Kena Main, Gong Gedombak, Anak Cucu Tamin, Taman, Sijil Penuh dan banyak lagi. Siso juga merupakan pengarah lakon, penulis skrip dan pernah mengarah sebanyak 39 episod Sitcom Salam Pantai Timur terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selain menulis llirik, Siso juga sering mendapat jemputan sebagai penceramah seni, pengajar penulisan kreatif, ahli panel persembahan untuk siri pertandingan anjuran RTM, jurulatih vokal, penasihat produksi dan pakar rujukdalam aktiviti seni dan budaya.

 

Antara pencapaian beliau seperti berikut:

i.   27 Oktober 2016 - Anugerah Gelaran Industri Kehormat yang membawa gelaran Ste. (Assoc) Siso Kopratasa dari Persatuan Pakar Pengajar dan Pakar Industri Negara Malaysia (MANDATE).

ii.   2011 & 2016 - Anugerah Sumbangsih dari Universiti Sains Islam Malaysia.

iii.  2015 - Hakim Bertauliah dari Jabatan Kemahiran Negara, Kementerian Sumber Manusia.

iv. 2015 - Pakar Industri Negara (Muzik dan Seni Budaya) dari Jabatan Kemahiran Negara Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

v.   2019, 2020 & 2021 - Karyawan Seni dari Universiti Sains Islam Malaysia.

vi.  4 Januari 1997 - Penulis Lirik Terbaik sempena Pujaan 10 Nescafe bagi lagu 'Luka Seribu Rindu' (Kumpulan rock 90-an - Fotograf).

SYED INDERA BIN SYED OMAR
SYED INDERA BIN SYED OMAR
No. 118, Jalan Impian Kasih 6,
Saujana Impian ,
43000 Kajang, Selangor 
Tel: 03-8741 2465
E-mail:  abgsiso@yahoo.com