BONNY LEE TECK KEONG

BONNY LEE TECK KEONG

Lee Teck Keong atau lebih dikenali sebagai Bonny Lee dilahirkan pada 3 Disember 1968. Anak kelahiran Kuantan, Pahang ini aktif dalam bidang seni tari Melayu selama 34 tahun. Pernah berkhidmat sebagai Artis Budaya Tari di Briged Budaya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dari tahun 1995 hingga 2001.

Beliau dan isteri Joan Low merupakan pengasas bersama  menubuhkan Pertubuhan Kesenian Mahligai Budaya Kuantan pada tahun 2001 dan beliau berperanan sebagai Pengarah Artistik dan Koreografer bagi kumpulan tersebut. Kumpulan beliau sering  mewakili negeri Pahang dalam pelbagai program peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa antaranya Citrawarna Malaysia (2001-2004), Pesta Gendang Nusantara di Melaka (2002-2003), Festival Kanak-Kanak Sedunia (2003), Ambang Merdeka dan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan (2004), Majlis Pelancaran ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ di Istana Budaya (2005) dan banyak lagi.  

Melalui inisiatif beliau, kumpulan (nyatakan) telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2002 – Johan Keseluruhan Pertandingan Festival Tari Peringkat negeri Pahang.

2012 – Anugerah Kostum Terbaik dan Kumpulan Paling Popular International Folklore   

             Dance Festival di Kota Kinabalu, Sabah.

2014 – Anugerah SILVER International Folklore Dance Festival di Kota Kinabalu, Sabah.

2015 Anugerah Gold Award di 7th Asia Oceania International Folklore Festival di Beijing, China

2015 –  Anugerah Oversea Best Choreografer di 7th Asia Oceania International Folklore Festival di Beijing, China

2015 – Anugerah Penghargaan Jasa Seni Budaya negeri Pahang di Majlis Anugerah Tokoh Seni Budaya negeri Pahang.

2016 – Anugerah EMAS di 8th Asia Oceania International Folklore Festival di Beijing, China.

2016 – Anugerah EMAS di Red Sparkling International Youth Arts Festival di Tsing Hua University, Beijing, China.

2017 – Anugerah Khas ‘Kecemerlangan Dalam Kehidupan’ oleh Akhbar Nanyang Siang Pao.

2017 – Anugerah The Best Performance Award di 7th International Festival of Arts And Culture di University Sripakharinwot, Thailand

2017 – Anugerah Emas di Beijing Colourful Campus International Youth Arts Festival

2018 – Anugerah Kumpulan Persembahan Terbaik di Philipines Koronadal International Folklore Festival 2018

2018 – Anugerah Emas The China Youth International Cultural Exchange Ceremony di Chongqing, China

2019 – Anugerah Emas Asian Youth International Art Grand Prix (Dance Competition) di Hangzhou, China

Di atas jasa dan bakti beliau dalam memartabatkan seni budaya negeri Pahang, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Ketiga, SETIA AHMAD SHAH PAHANG (S.A.P) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-85 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada tahun 2017.

BONNY LEE TECK KEONG
No. 19, Lorong IM 8/9,
Indera Mahkota 8,
25200 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel: 09-5738911/019-9470640
E-mail: bonny_dsmb@yahoo.com