AFZAINIZAM BIN ISMAIL

AFZAINIZAM BIN ISMAIL

Afzainizam bin Ismail mula terlibat dalam bidang seni pada tahun 1968 dengan merakam dua album piring hitam (EP) di bawah label MMI.  Lagu popular beliau di Radio Klasik iaitu 'Dulu Kasih Kini Saudara' merupakan duet bersama Faridah Mansor. Beliau juga merupakan peserta akhir Bintang RTM tahun 1975 dan sering dijemput dalam rancangan-rancangan hiburan RTM di radio dan TV.

Pada tahun 1982, beliau mula aktif sebagai penerbit album, pencipta lagu/lirik, penggubah lagu dan pemuzik rakaman. Antara artis-artis yang pernah bekerjasama dengan beliau ialah Nas Atea (Masih Ada Yang Sayang), Ali Noor & Mastura (Apo Kono Eh Jang), Khairool Idlan (Aku Yang Kau Panggil Sayang), Ben Nathan (Ilusi Satu Penantian), Mr. Os (Deghian Dah Bebunge), Linda Ismail (Solid Gold), Zambree (Tugu Cinta), kumpulan Dinamik (Di Antara Gadis), Menara (Sayang), Evolusi (Mei Hua), Kejora, Kumpulan Vilosa, Datuk Ahmad Jais, Dato' M. Daud Kilau, Zaleha Hamid, M. Sharif (Misteri Azizah), album Roslan Madun (Menghilir Sungai Pahang), dua (2) album Man Kayan serta banyak lagi. 

Beliau telah menubuhkan Kumpulan Nasyid An Nur di Mentakab pada tahun 2001 dan kumpulan tersebut telah berjaya menjadi Johan Nasyid Negeri Pahang anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selama tiga tahun berturut-turut (2001, 2002 dan 2003).  Kumpulan ini pernah mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan. 

Pada tahun 2001, kumpulan ini telah mendapat Anugerah Lirik Terbaik Kebangsaan dan pada tahun 2003 pula menerima Anugerah Persembahan Terbaik Kebangsaan.

2006 - menerbitkan album (nyatakan) oleh kumpulan Anok Semantan, yang mempelopori lagu-lagu loghat Pahang.

2015 - menerbitkan album (nyatakan) oleh penyanyi Aqi Uda yang menggunakan loghat Pahang.

2018 & 2019- menerbitkan album (nyatakan) oleh Chik Asan menggunakan loghat Pahang.

2018 - menerbitkan album Artis-Artis Legenda Pahang.

Hingga kini, beliau masih aktif dengan Persatuan Pencinta Loghat Daerah Negeri Pahang (PPLP) sebagai Pengerusi.

AFZAINIZAM BIN ISMAIL
AFZAINIZAM BIN ISMAIL
No. 51, Lorong Bendera 2G, 
Taman Bukit Bendera,
28400, Mentakab,
PAHANG DARUL MAKMUR. 

Telephone : 019-942 3411
E-mail: afzainizam_ismail@yahoo.com