ABD RAZZAK BIN ABU BAKAR

Abd Razzak bin Abu Bakar atau dikenali sebagai Pak Jak
berumur 73 tahun (tahun 2021), masih lagi aktif berkarya dengan Kumpulan Muzik
Asli Gemalasari Kuantan. Beliau merupakan pencipta melodi dan lirik Lagu Zapin
Pekan yang masih digunakan sehingga ke hari ini dalam acara persembahan
kesenian. Sekarang beliau masih mengikat kontrak bermain Muzik Asli bersama
kumpulannya di Hotel Hyatt Kuantan, Teluk Chempedak bagi menghiburkan para
pelancong yang menginap di situ.
Antara pencapaian beliau seperti:
1977 - Koreografer Tari di Jabatan Kebudayaan, Belia dan
Sukan negeri Pahang.
1982 - Mewakili Malaysia ke Summer Dance Festival di Itali,
Perancis.
1983 - Mewakili Malaysia ke Summer Dance Festival di Sri
Lanka.
2000 - Naib Juara Nyanyian Pertandingan Lagu Asli Peringkat
Kebangsaan.
2001 - Juara Pertandingan Muzik Asli Peringkat negeri Pahang.
2002 - Juara Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli negeri
Pahang.
2003 - Mewakili Malaysia mempromosi Lagu Melayu Asli ke
Turki, Jordan dan Syria.
2005 - Mewakili Malaysia mengadakan persembahan Muzik Asli di
Riyadh dan Jeddah.