ABDULLAH BIN KARIM

ABDULLAH BIN KARIM

Abdullah bin Karim atau lebih dikenali dengan nama penanya A.K Hidayat dilahirkan pada 22 Mei 1948. Anak kelahiran Lanchang, Pahang ini telah berkecimpung dalam bidang seni drama, teater dan penulisan kreatif secara serius sejak tahun 1970-an lagi. Pada tahun 1982, beliau telah menimba ilmu pengarahan seni teater di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperolehi Sijil Kreatif Seni Teater. Seterusnya beliau telah menimba ilmu seni teater di Universitas Gajah Mada di Indonesia pada tahun 1983.

 

Beliau banyak terlibat dalam seni pengarahan teater dan menjadi Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dalam bidang teater di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang dan beberapa Universiti Awam (UA) dan swasta tempatan antaranya UiTM Kampus Jengka Pahang (2010), UNITEN (2011), UiTM Dungun, Terengganu (2012-2015), UMP Pahang (2016), UIA Pahang Indera Mahkota (2017), Universiti Malaysia Kelantan (2020), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (2011-2019) dan banyak lagi. Beliau juga sering dijemput sebagai juri pertandingan teater dan deklamasi sajak. Antara penglibatan beliau selaku juri pertandingan ialah :-

 

2017 - Juri Pertandingan Teater Sekolah Menengah negeri Terengganu.

 

2017, 2018 & 2019 - Juri Pertandingan Deklamasi Sajak negeri Terengganu.

 

2019 - Panel Juri Festival Teater Malaysia negeri Terengganu.

 

A.K Hidayat telah mengarah lebih 30 buah pementasan teater sepanjang penglibatannya dalam bidang tersebut. Antara teater yang telah diarahkan oleh beliau ialah pementasan Teater Sangkar Madu, Mahkamah, Mayat, Pemakaman Kaduk, Inflakasta, Pahlawan Semantan Pahang, Teater Mat Kilau, Tok Gah Pak Kaduk, Bahaya Denggi, Alang Perkasa dan lain-lain lagi.

 

Beliau turut terlibat dalam program Pertukaran Budaya mewakili negeri Pahang. Antaranya ialah program Pertukaran Budaya Pahang-Johor (2016), Pertukaran Budaya Pahang-Terengganu (2017) dan Pertukaran Budaya Pahang-Kelantan (2018).


6016-963 7576
ABDULLAH BIN KARIM
No. 2, RRM Batu 3 ½
Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang
E-mel:  akhidayat480522@gmail.com