NOOR AZMAN BIN NORAWI @ MAN KAYAN

NOOR AZMAN BIN NORAWI @ MAN KAYAN

Man Kayan atau nama sebenarnya Noor Azman bin Norawi lahir di Temerloh Pahang pada 13 Mei 1967. Man Kayan aktif dalam bidang seni muzik tradisional Pahang bermula tahun 2008 dengan menubuhkan Kumpulan Anak Kayan. Selain terlibat dalam bidang nyanyian lagu rakyat, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan untuk memperkenalkan irama lagu rakyat Pahang, pergendangan dan pemakaian busana Pahang.

 

Antara sumbangan dan pencapaian beliau adalah

i) 2010 - Naib Juara Cipta Lagu Pahang

ii) 2012 - Tokoh Penglipur Lara Dalam Persembahan anjuran Jabatan Warisan Negara

iii) 2012 - Mengadakan persembahan mewakili Malaysia di South East Asean Night Universiti Exeter, London

iv) 2013 - Johan Pertandingan Gendang Silat Pahang

v) 2013 - Mengadakan persembahan di Rain Forest Music Festival, Sarawak

vi) 2013 - Tempat ke-4 Festival Pergendangan dan Perkusi Peringkat Kebangsaan di Royal Belum, Perak

vii) 2016 - Mengadakan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur

viii)  2018 - Menubuhkan Kelab Serindit Mati Tersepit dengan mengumpulkan anak-anak seni sekitar Kuantan dan digabungkan dalam satu persembahan

ix) 2019 - Dilantik sebagai Tourism Partner oleh World Homestay Organisation

x) 2019 - Mengadakan Persembahan Lagu Rakyat Pahang sempena Festival Setanggi Antarabangsa di Kuantan, Pahang.

6017-9569365
Noor Azman bin Norawi @ Man Kayan
No. 40, Kampung Permatang Badak,
25150, Kuantan, Pahang
Tel: 017-9569365