NORDIN BIN ABDUL RAHMAN

Nordin bin Abdul Rahman dilahirkan pada tahun
1936 di Kangar, Perlis. Pada awal tahun 1957 beliau telah berhijrah ke
Singapura untuk menyertai British Royal Army. Setelah selesai latihan selama
enam (6) bulan, beliau ditempatkan di Unit ROAC Singapura. Setelah itu, beliau
mula menyertai Silat Seni Gayong pada bulan Jun 1957 melalui pengasas Dato’ Meor
Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim di Singapura. Pada penghujung 1971, beliau
mula membawa masuk Silat Seni Gayong ke negeri Perlis dan membuka gelanggang
pertama di Simpang Empat, Perlis.
Pada tahun 2006 beliau ditabalkan sebagai Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Antara ilmu yang dimilikinya ialah tempur tangan kosong, permainan senjata iaitu pisau,keris, simbat,parang panjang,lembing, sundang, cindai dan lain-lain lagi. Pada tahun 1987, beliau mendapat mandat sebagai wakil besar selaku wakil mandi tapak perlimau dan wakil mandi perlimau seni (bahagian seni) seca langsung dari pengasasnya Dato’ Meor Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.
Beliau merupakan pemegang bengkung Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 6. Pada tahun 1976 beliau telah menerima anugerah Bengkung Gurulatih Khas (merah hitam) daripada pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang hanya lima (5) orang penerima sahaja memilikinya dan tidak dikeluarkan lagi bengkung sedemikian selepas itu. Jasa bakti beliau mendapat perhatian sehingga ke Singapura apabila negara tersebut memohon bantuan beliau untuk membantu proses penerbitan dokumentari sejarah Seni Silat Negara tersebut. Beliau merupakan satu-satunya bukti hidup yang dicari bagi menjayakan proses penerbitan dokumentari itu.
Selain itu, beliau juga telah menerima anugerah utama penggiat Seni Budaya pada tahun 2013 daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kini beliau menetap di Taman Haji Ali, Mata Air, Perlis.