ALLAHYARHAM MOHD SHAH BIN HAJI ABD RAHMAN

Allahyarham Mohd Shah Bin Haji Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Tok Shah atau Pak Lang merupakan seorang penggiat dan tokoh kesenian Bongai. Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1939 di Kg. Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Mula berminat bermain muzik sejak berumur 14 tahun. Pada tahun 1959, beliau menubuhkan kumpulan Gitar Rancak diatas nama Gema Ria Hiburan Party. Pada tahun 1995, beliau belajar bermain muzik secara berkumpulan bersama seorang guru muzik Haji Mohd Nasir. Beliau pernah mengikuti rombongan Opera Hashim Abdullah dan mengiringi nyanyian lagu Yang Mana Satu dan Idaman Kalbu oleh Seniman Agung P.Ramlee dan Saloma.
Pada tahun 2010, beliau telah menubuhkan Kumpulan Bongai Sri Tengkek dan kumpulan pernah membuat persembahan di Indonesia, dan sehingga kini masih aktif membuat persembahan di Negeri Sembilan. Tok Shah berkebolehan menyanyikan lagu Bongai sambil menggesek biola. Selain daripada itu, beliau juga berkebolehan memainkan alat muzik arkodian, keyboard, rebana dan saxophone.