GULAI UMBUT PISANG

Gulai
Umbut Pisang adalah hidangan istimewa masyarakat di Daerah Baling, Kedah. Sajian
ini kebiasaannya untuk majlis kenduri. Bahagian umbut pisang sahaja yang
digunakan disamping bahan asas yang lain iaitu ayam kampung, kunyit, daun kari,
serbuk kari, kayu manis, bunga lawang, bawang merah dan bawang putih dihiris,
santan cair dan santan pekat, cili kisar, serta garam atau gula.
Tumis bahan hirisan kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau wangi. Seterusnya masukkan cili kisar, kunyit, serbuk kari serta daun kari. Tambah santan cair dan bila pecah minyak tambahkan lagi santan cair. Masukkan ayam dan bila daging empuk masukkan umbut pisang. Bila umbut empuk tambahkan santan pekat, garam atau gula sebagai perasa.