PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN LABUK

PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN LABUK


Busana tradisional Dusun Labuk ini secara keseluruhannya menggunakan kain berwarna hitam material baldu atau kain cotton. Baju Labuk terkenal dengan motif bunga yang disulam menggunakan tangan yang disebut sebagai ‘Bunga Gosing’ atau bunga Senduduk (nama saintifiknya Melastoma malabathricum), di mana ianya menjadi identiti pakaian tradisi masyarakat Dusun Labuk.  Bunga gosing memang terkenal dalam kalangan masyarakat Dusun Labuk kerana kegunaannya dalam kehidupan seharian seperti untuk mencuci tempayan dan digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat luka luar dan dalam badan, cirit birit, mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita yang baru bersalin dan sebagainya.

Biasanya pakaian ini digunakan semasa menyambut perayaan-perayaan tertentu seperti pesta Tadau Kaamatan, majlis-majlis rasmi, dan juga digunakan semasa perkahwinan bagi masyarakat Dusun Labuk di daerah Sandakan dan kawasan lain. Suku etnik Dusun Labuk mempunyai pelbagai variasi rekaan busana tradisional mengikut daerah dan komuniti di kawasan bandar dan kampung.

 

JKKN Ibu Pejabat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon         :  03-2614 8200