HAJI WAN SU OTHMAN (SENIMAN NEGARA KE-3)

Allahyarham Haji Wan Su Othman dilahirkan pada tahun 1899 di
Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan. Beliau mewarisi bakat seni datuk saudaranya
Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani yang memegang jawatan Pembawa Payung
Di-Raja. Semasa berumur 25 tahun, beliau berpindah ke Besut, Terengganu.
Sejak kanak-kanak lagi, bakat ukiran beliau telah terserlah.
Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam
wayang kulit Melayu. Pengarah Muzium Negara ketika itu, Tan Sri Mubin Sheppard
terpegun dengan keupayaannya lalu mempelawa beliau ke Kuala Lumpur pada tahun
1962. Wan Su telah menghasilkan ukiran pintu utama Muzium Negara dan sejak itu
khidmat seni ukirnya telah diterima melimpah ruah. Hasil karya beliau juga
sering mendapat sambutan dikalangan peminat seni bukan sahaja di Malaysia,
malah diluar negara seperti Kanada, Australia dan England.
Antara ukiran utamanya ialah ukiran di pintu utama dan Dewan
Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan (1976), Dewan Santapan Istana Sultan
Selangor (1979), Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (1980),
Istana Badariah, Kuala Terengganu (1980), Panca Persada Bersiram Tabal, Istana
Maziah, Kuala Terengganu (1980), Logo Hijrah, Logo Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor (1982), Wayang Kulit di Muzium Negara, Muzium Denmark,
Muzium Singapura.
Beliau telah dianugerahkan Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang
seni ukir kayu oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985), Tokoh
Budaya ASEAN di Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam (1993) dan Anugerah Seni
Negara yang ketiga (1997).
Haji Wan Su Othman meninggal dunia pada 15 September 2011.