BAJU BODO

Baju Bodo merupakan salah satu busana
tradisional etnik Bugis di Selangor. Baju Bodo dipakai oleh pengantin perempuan
dan kebanyakan masih dapat dilihat di perkampungan Bugis di daerah Jenjerum, Kuala Langat, Selangor. Busana ini juga boleh dilihat dalam persembahan tarian
Pooja, tarian Patenun dan tarian Madupa Bosara. Selain itu, pemakaian baju ini
juga amat penting semasa majlis-majlis rasmi kebesaran diraja Selangor. Baju
tradisional etnik Bugis ini kebiasaannya berpotongan segi empat manakala
lengannya agak pendek iaitu setengah atas bahagian siku. Busana ini mempunyai
maksudnya tersendiri dari segi warna yang digunakan oleh si pemakai iaitu:
WARNA IDENTITI PEMAKAI
Jingga : Anak perempuan
berumur 10 tahun
Jingga dan Merah : Gadis berumur 10 ke 14 tahun
Merah : Perempuan
berumur 17 ke 25 tahun
Putih : Para
pembantu dan dukun
Hijau : Perempuan bangsawan
Ungu : Wanita
berstatus janda