ADAT MEMILIH PUSAKA

ADAT MEMILIH PUSAKA

Adat Memilih Pusaka dilaksanakan apabila kelompok perut dalam sesuatu suku tersebut melakukan kesalahan mengikut Adat Perpatih. Kegagalan anak buah dalam perut tersebut mengadakan Adat Memulih Pusaka ini bermakna perut tersebut tidak boleh dicalonkan untuk menjawat atau menyandang pusaka adat (jawatan dalam adat seperti buapak ,soko, lembaga). Untuk memulih pusaka anak buah (ruang / rumpun) yang melakukan kesalahan akan berkerapatan dan mengadakan jamuan / kenduri timbang salah (biasanya lembu seekor) yang diperkenankan oleh Dato' Lembaga suku berkenaan. Pada masa ini para Dato'- Dato' adat daripada suku yang lain di dalam luak akan dijemput dan menyaksikan sembelihan dan adat memulih pusaka ini.


Gambar oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308