MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT (BELITUNG) CAMPUR BATANG KELADI

MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT (BELITUNG) CAMPUR BATANG KELADI

Dahulunya, belitung atau siput sedut ini kurang dikenali dalam khalayak ramai dan ramai tidak mengetahui cara masakannya. Namun begitu, apabila tercetusnya Masak Lemak Cili Api Siput Sedut (Belitung) ini, semakin ramai penggemar siput sedut dan masakan ini sehinggakan setiap gerai-gerai makan di sekitar Negeri Sembilan ada menawarkannya dalam pilihan menu mereka. Tambahan lagi, bahan-bahan utama masakan ini juga mudah dijumpai di pasar-pasar tani yang berdekatan. Masakan ini amat terkenal di Negeri Sembilan, memandangkan masak lemak cili api telah menjadi lambang makanan tradisi bagi negeri tersebut. Justeru itu, masakan ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Rentetan dengan perkara tersebut semakin bertambah permintaan terhadap masakan ini di gerai-gerai makan dari hari ke hari, tambah-tambah lagi apabila musim siput sedut. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam masakan ini adalah siput sedut dan batang keladi. Batang keladi digunakan dalam masakan ini untuk menyeimbangkan rasa lemak dan pedas dalam masakan ini. Walaupun, cara pengendalian bahan-bahan utama ini agak rumit tetapi kesinambungan antara bahan-bahan ini telah berjaya memikat hati pengunjung-pengunjung yang menikmatinya. Masakan ini amat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman. Walau bagaimanapun, terdapat cara masakan siput sedut yang lain pada masa ini tetapi Masak Lemak Cili Api Siput Sedut (Belitung) campur Belimbing Buluh tetap menjadi pilihan utama bagi masyarakat Melayu generasi dahulu.

06-7631149

Lembaga Muzium Negeri Sembilan,  

Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban,  

Negeri Sembilan.