KEBAYA LABUH

Baju kebaya Selangor mempunyai pengaruh asimilasi jahitan istana diraja Perak dan Kedah dan fabriknya daripada kain satin atau kain kapas dengan potongan labuh ke paras lutut dengan belahan di bahagian hadapan dan berlengan besar. Dipadankan dengan kain tenun jalur dengan ikatan tindih kasih. Pakaian ini diserikan lagi dengan aksesori rantai leher dengan kerongsang dan hiasan kepala cucuk sanggul. Ciri-ciri Kebaya Labuh di Selangor mempunyai jahitan pesak di depan, longgar dan jahitan kekek di bawah lengan. Dipadankan dengan kain songket atau kain tenunan motif bunga atau berjalur dan bahan material fabrik yang dipakai menunjukkan status si pemakai. Biasanya Kebaya ini dipakai sewaktu menghadiri majlis rasmi atau ketika sambutan hari perayaan.
Teks artikel : Puan Rosidah Abdullah (Mantan Pengarah Muzium Tekstil Negara, KL)