KEBAYA RIAU PAHANG

KEBAYA RIAU PAHANG

Busana tradisi Pahang yang paling istimewa adalah Baju Kebaya Riau Pahang. Ia bukan sekadar busana, ia juga merupakan tanda hubungan baik Negeri Pahang dengan Kerajaan Riau - Lingga pada suatu masa dahulu. Dikatakan berasal dari Turki berbentuk seperti jubah yang dikenali sebagai Habaya dimana ianya labuh hingga ke paras buku lali dan berbelah di hadapan.

Namun begitu dapat dilihat terjadinya evolusi telah berlaku pada busana ini di mana ianya telah dipendekkan pada labuh baju dan paras lengannya. Cara pemakaiannya adalah secara sepasang dari kain tenun Pahang atau dipadankan dengan sarung songket yang diikat pinjung disebelah kanan. Perbezaan status pada baju ini adalah pada bilangan kancingnya dimana kalangan orang biasa bilangannya adalah tujuh sementara kalangan Istana pula bilangannya sembilan.  Menggunakan perhiasan dokoh di dada dan selendang di bahu. Hiasan kepala pula dikenakan cucuk sanggul dan bunga.

Badarzaman bin Jusoh @ Harun

No. 130, Lorong I/S 17,

Perkampungan Indera Sempurna,

Jalan Kuantan-Pekan,

25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel: 016-931 5103