KURUNG PAHANG

Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era 1880 - an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah Pahang ketika itu. Busan aini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan golongan bangsawan kerana ianya bersifat eklusif di mana fabrik yang digunakan ketika itu ialah dari kain tenun Pahang sepasang dan juga dipadankan dengan kain songket yang dilipat pinjung sebelah kanan. Yang membezakannya dengan baju kurung yang lain ialah busana ini tidak mempunyai kekek tapi diganti dengan Pesak Gantung. Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga di kepala bersama dokoh di dada dan kerikam (selendang pendek) di atas bahu.