KEBAYA SETENGAH TIANG

Baju Kebaya Setengah Tiang merupakan Busana
Tradisional Negeri Sembilan.
Baju ini dikenali sebagai baju setengah tiang yang membawa maksud baju labuh sedikit daripada baju kebaya pendek dan tidak labuh seperti kebaya panjang. Pola potongan lengan kembang dihujung dan potongan bahagian bawah bajunya lurus. Bahagian depan baju berlidah seperti kebaya panjang
Pada suatu ketika dahulu Baju Kebaya Setengah Tiang sering digunakan oleh kaum wanita sewaktu dirumah dan bertandang ke Majlis kenduri kahwin. Kaum wanita juga menggayakan baju kebaya setengah tiang semasa mengerjakan sawah. Kebiasaannya baju ini dipadankan dengan penggunaan kain batik sarung dan pada awal tahun 50an baju ini amat popular serta sering digayakan dalam majlis keramaian.
Perbezaan yang ketara bagi penggunaan baju antara Majlis rasmi dan tidak rasmi ialah pilihan bahan kain yang digunakan. Dalam aktiviti ke sawah atau ke bendang biasanya menggunakan kain kapas berbunga. Manakala untuk majlis kenduri kahwin pula, menggunakan fabrik yang lebih mahal seperti broked, kain kasa, tenunan songket benang emas dan perak.