BUSANA DATO’ ADAT ISTANA & PEGAWAI 99

BUSANA DATO’ ADAT ISTANA & PEGAWAI 99

Busana Dato' Adat Istana dan Pegawai 99 untuk majlis rasmi ialah Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima melambangkan lima prinsip Rukun Islam. Baju melayu ini, berkain polos berwarna hitam. Warna hitam merupakan warna rasmi yang melambangkan keperkasaan dan keberanian.

Busana ini dilengkapi dengan kain samping songket berbenang emas. Kain samping diikat labuh di bawah lutut membawa maksud seseorang yang penuh tanggungjawab. Di bahagian pinggang diikatkan dengan sehelai bengkung berumbai dan terselip sebilah keris pusaka. Ikatan bengkung melambangkan memagar diri dan penolak bala.

Busana ini digayakan dengan memakai dastar Solok Timbo atau dastar Olang Menyosong Angin.  Dastar ini semestinya dengan lambaian kasihnya mengarah ke kiri. Dastar ini melambangkan sembilan kebesaran, menolak bala, membangkitkan tuah dan maruah.

013-2057119

Dato Menti Laksamana Alias Bin Zakaria

Aliza Boutique

103 Jalan Angsana 7

Taman Pinggiran Golf

70400 Seremban

Negeri Sembilan