KUIH TEPUNG SERUNAI

KUIH TEPUNG SERUNAI

Kuih Tepung Serunai atau juga dikenali sebagai Kuih Tepung Pasung merupakan salah satu makanan tradisional yang boleh didapati di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras. Ia diletakkan ke dalam acuan berbentuk kon menggunakan daun pisang atau juga dikenali sebagai kelongsong daung pisang.

BAHAN BAHAGIAN BAWAH KUIH:

·        300 g gula merah

·        1 biji telur

·        200 g tepung beras

·        100 g tepung sagu

·        2 cawan santan pekat

BAHAN BAHAGIAN ATAS KUIH:

·        500 g tepung beras

·        2 cawan santan pekat

·        1/2 sudu teh garam

·        Daun pisang secukupnya

·        Bilah lidi yang ditajamkan

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:

1. Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera). Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon. Sematkan dengan lidi.

2. Sementara itu sediakan kukusan. Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.

3. Dalam mangkuk besar campurkan kesemua bahan bawa. Adun hingga sebati.

4. Dalam mangkuk besar lain adunkan bahan bahagian atas hingga sebati.

5. Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang. Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.

7. Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak. Siap untuk hidangan.

BAHAN –BAHANNYA

JKKN Kelantan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

Kompleks JKKN Kelantan,

Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,

15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.

Tel : 09-741 7000 Faks : 09-741 7004