CHE WAN NOORSAIDI BINTI CHE WAN AB RAHMAN @ MOK ZAH

Che Wan Noorsaidi binti Che Wan Abdul Rahman
atau lebih mesra dikenali sebagai Mok Zah adalah generasi ke-9 mewarisi
kesenian persembahan Sa’ba daripada arwah ayahnya yang juga penggiat dan
pengamal seni perubatan Sa’ba.
Sejak kecil lagi iaitu sekitar tahun 70-an Mok Zah terdedah kepada persembahan ritual Sa’ba. Beliau sering mengikut bapanya membuat persembahan ritual ini untuk tujuan penyembuhan. Kini ritual Sa’ba telah diolah menjadi persembahan kesenian yang boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat dengan membuang segala elemen ritual perubatan dan mengekalkan unsur kesenian seperti tarian, nyanyian, muzik dan pengucapan dialog.
Mok Zah merupakan satu-satunya Tokoh Kesenian Sa’ba yang boleh memainkan persembahan Sa’ba ini dengan baik dan mengetahui cerita-cerita dalam persembahan Sa'ba. Beliau bekerja sendiri dan menjadi pakar rujuk untuk kesenian Sa’ba.
Antara pencapaian beliau sepanjang memperjuangkan kesenian Sa’ba ini adalah:
2015 – Anugerah Tokoh Seni Negeri Terengganu
2016 – Anugerah Tokoh Lisan
2018 – Anugerah Tokoh Seni Budaya