PERMAINAN TRADISI MELAKUT KARAT

Melakut Karat adalah
permainan tradisional masyarakat Sarawak. Dalam bahasa Iban istilah melakut
karat bermaksud ‘tarik dan tolak’. Permainan ini bertujuan untuk menguji
kekuatan lelaki apabila mereka perlu menarik keluar kayu balak yang hujungnya
ditanam di dalam tanah, dengan sekuat hati dan sejauh yang boleh. Kayu balak
yang berjaya ditarik keluar diukur jaraknya ditarik keluar dari dalam tanah.
Pemuda yang berjaya menarik paling jauh biasanya menjadi sebutan dan perhatian
wanita.