WAU

Wau dipercayai dicipta oleh seseorang yang
bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu dan
Masai Kelana Seri Panji. Wau dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi.
Pada asalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara, sebagai
panduan untuk menentukan sesuatu arah serta menjadi lambang kejayaan setiap
serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain. Permainan ini
terkenal di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.
Antara jenis-jenis wau yang dihasilkan ialah Wau Bulan, Wau Burung, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jalabudi dan Wau Ikan dan sebagainya. Peralatan untuk membuat wau ialah buluh, pisau, kertas, pensil, gunting, gam dan tali. Ada jenis wau yang popular di negeri tertentu seperti Wau Bulan di Kelantan, Wau Burung di Terengganu, Wau Jalabudi di Kedah dan lain-lain. Pembuatan wau adalah sangat unik berbanding permainan lain kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. Sebelum diterbangkan wau perlu dipastikan diimbangkan agar tidak berat sebelah. Faktor angin memainkan peranan penting bila menerbangkannya.