MINTUBOW (GASING)

Mintubow
atau Main Gasing adalah permainan tradisional masyarakat Melayu dan Bidayuh di
Sarawak. Lazimnya permainan ini dimainkan selepas musim menuai padi dan
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.
Pada asasnya gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang, manakala tali gasing daripada pokok bebaru. Namun pada hari ini tali gasing juga diperbuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan pemain atau lebih kurang 1 meter. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.