MONOPUK/MENYUMPIT

Monopuk
ataupun Menyumpit adalah aktiviti kaum Murut di pedalaman Sabah untuk memburu
atau berperang. Sosopuk yakni sumpit berukuran 5-7 kaki dalam bentuk silinder
diperbuat daripada kayu keras dan di tengah-tengahnya dilubangkan. Amok atau
ramok iaitu peluru berukuran 12-16sm adalah daripada buah polod yakni buluh.
Buah tersebut dikikis sehingga tebalnya menjadi 0.3mm dan hujungnya ditajamkan. Buah yang telah ditajamkan dibubuh racun dikenali sebagai peliu yang diperoleh daripada sejenis kayu bergetah. Getah tersebut dilekatkan pada polod atau buluh, diikat dan dijemur hingga kering. Peliu disimpan di tempat khas dipanggil karaban yang berukuran 8 inci dan diperbuat daripada buluh.