ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM RUNGUS ADAT PERSIAPAN PENANAMAN BENIH PADI

PENGENALAN
Kaum Rungus yang kebanyakkannya terdapat di
daerah Kudat, adalah masyarakat petani tradisi dengan aktiviti pertanian
dipanggil mutagad om mongumo (berladang atau berkebun), bermula dari
Julai dan berakhir pada April tahun berikutnya. Kerja-kerja menebang pokok
dimulakan pada Ogos dan dibiarkan kering hingga September serta dibakar pada
Oktober. Jagung dan sayur-sayuran juga ditanam pada bulan berkenaan.
PERSIAPAN PENANAMAN BENIH PADI
Kaum ini percaya bahawa adat mangatod
yakni menghantar perlu dilakukan. Pemilik ladang dan beberapa orang menghantar
bekalan tepung beras dan tapai ke kawasan tanaman, yang barangan ini
kemudiannya dimakan. Pemilik ladang harus menyediakan nasi dibungkus daun dan
ditinggalkan di kawasan tanaman padi untuk bambarazon(semangat padi).
Pemujaan bambarazon di rumah diadakan besar-besaran
dengan upacara penting dipanggil mamapak melibatkan binatang terutamanya
khinzir sebagai korban. Untuk upacara ini disediakan sirih pinang dan binatang
korban. Gong dipalu semasa bobolizan (pembaca mentera) menaiki tangga
pondok khas untuk upacara ini dan menabur beras serta berdoa. Binatang korban
disembelih dan dagingnya diberi kepada penduduk kampung.