ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM SULUK ADAT PERKAHWINAN

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM SULUK ADAT PERKAHWINAN

ADAT PERKAHWINAN KAUM SULUK

Terdapat lima peringkat dalam adat perkahwinan kaum ini iaitu Pag-pasihil (meninjau atau merisik), Pag-pangasawa (meminang), Pag-turul taima (menyerah hantaran), Pag-tiaun (majlis perkahwinan), dan Tingkuwang (majlis di pihak lelaki).

Dalam budaya kaum ini terdapat banyak adat dan tatasusila yang masih diamalkan. Menjadi kebiasaan adat sukat ungsud (permintaan wang hantaran) oleh pihak wanita adalah sangat tinggi nilainya terutama bagi golongan yang dihormati.

Bagi yang sudah khatam Al Quran mereka meminta hantaran seperti emas, binatang seperti sapi atau kerbau, beras bugas, rokok siga, serta sebuah kraft mahligai atau rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisional. Namun, semua ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052