ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM MURUT ADAT PERKAHWINAN

PENGENALAN
Kaum Murut yang kebanyakannya di pedalaman Sabah tinggal di rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Biasanya mereka adalah petani, pemburu dan penangkap ikan, serta memungut hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebah. Dahulunya mereka mengamalkan anismisme namun kini sama ada beragama Kristian atau Islam.
ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan kaum ini terkenal dengan adat barian sampai mati. Barian bermaksud berian atau mas kahwin. Lelaki wajib membayar mas kahwin kepada pihak perempuan hingga akhir hayat lelaki tersebut walau telah berkahwin dan mempunya anak.Sekiranya berlaku petaka di pihak keluarga isteri maka suami wajib membantu dengan memberi peralatan yang sesuai. Memiliki gadis Murut bererti pihak lelaki kena memenuhi tuntutan barian daripada keluarga pihak perempuan kerana mereka berhak menuntut apa-apa sahaja barian pada bila-bila masa.