SAGOL

Sagol, atau Senagol, merujuk kepada masakan
tradisional suku kaum Bajau yang menggunakan isi ikan pari, ikan yu atau ikan
buntal, yakni ikan-ikan yang mempunyai hati yang besar. Buang lapisan kasar,
dipanggil langnges, pada kulit ikan pari dan ikan yu, serta duri, dipanggil
iting, pada ikan buntal. Isi ikan dicelur kemudian dihancurkan dan dicampur
dengan kunyit yang telah dipipis. Hidangan ini boleh dimasak sama ada berkuah
atau tanpa kuah.