NASI BUNGKUS 'LINOPOT'

Dalam bahasa Kadazandusun, Linopot bermaksud
'dibungkus ketat'. Dikenali juga sebagai 'nasi bungkus', yang dibungkus padat
dengan daun buah tarap (buah tradisional) dipanggil doringin. Penggunaan
daun ini mengeluarkan aroma nasi yang harum semula jadi.
Makanan tradisional ini adalah sajian warisan
turun temurun dan masih ditemui hingga kini. Lazimnya, Linopot mengandungi nasi
yang sudah dicampur makanan tradisional lain seperti keladi atau goul, labu
manis atau tawadak, dan ubi kayu.