KINOMOL DAN LIHING

Kinomol adalah minuman beralkohol, hasil
daripada nasi yang diperam dengan ragi, manakala Lihing terbentuk daripada
jangkamasa peraman Kinomol yang lebih lama. Dihidangkan semasa majlis
perkahwinan dan perayaan seperti Tadau Kaamatan, yakni Pesta Menuai, oleh kaum
Kadazandusun. Bahan-bahan asas ialah nasi dan ragi. Bekas peraman, yang
biasanya tempayan, hendaklah dibersihkan dan dikeringkan di bawah sinar
matahari.
Campuran nasi dan ragi dimasukkan ke dalam bekas peraman yang mulutnya kemudian ditutup dengan daun pisang atau daun tarap (yakni buah tradisi), dan diikat di keliling dengan rotan atau akar kayu. Sekarang ini, penutup yang digunakan, ialah bahan plastik diikat dengan gelang getah. Selepas beberapa hari, cecair Kinomol sudah terbentuk dan boleh diminum. Boleh ditambah air bagi mengurangkan kepekatan Kinomol. Jika diperam lebih lama, sekitar dua minggu, cecair 'Lihing' berwarna kekuningan mula terbentuk dan boleh dihidangkan.
Lihing akan matang dengan sempurna jika
disimpan dalam bekas yang sesuai dan boleh disimpan untuk beberapa tahun.
Proses pematangan ini menghasilkan Lihing yang akan bertukar warna menjadi agak
kehitaman. Sesetengah orang menanam bekas pematangan ini dan hanya membukanya
ketika saat-saat istimewa sahaja. Proses pematangan semula jadi ini, akan meningkatkan kadar kandungan alkohol dalam Lihing.