KUIH KELUPIS

KUIH KELUPIS

Kelupis adalah kuih tradisional suku kaum Bisaya di Daerah Semporna, Sabah. Kuih ini dihidangkan dalam majlis perkahwinan dan musim perayaan seperti Hari Raya. Bahan-bahan asas ialah beras pulut, santan, daun pandan, daun pisang dan garam secukup rasa.

Cara menyediakan adalah dengan mendidihkan santan bersama daun pandan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Selepas itu dibungkus dengan daun pisang dan kukus hingga masak.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052