AMBUYAT

Ambuyat, atau dipanggil juga Linut, adalah
makanan berkanji berwarna putih atau jernih dan teksturnya seperti gam, asalnya
tepung sagu rumbia daripada bahagian batang pohon rumbia dipanggil ‘Ampulung’.
Makanan tradisi ini sangat terkenal dalam kalangan suku kaum Bisaya, Brunei, Bajau,
Kadazandusun dan Murut.
Tepung sagu dicampur dengan air dan mendapkan
selama 10 minit. Selepas itu buang airnya dan bancuh tepung sagu dengan air
panas yang baru mendidih. Kacau dan masak sehingga tepung sagu bertukar jernih
dan likat menandakan sagu itu telah masak.
Cara alternatif lain ialah, tepung sagu
dicampur dengan air panas yang baru mendidih di dalam periuk dengan api yang
sederhana sehingga menjadi jernih dan likat.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh atau
penyepit yang dipanggil ‘candas’ dengan menggolekkan mata garfu ke Ambuyat,
kemudian mencelupkannya ke dalam sos. Lebih sesuai dimakan semasa masih panas
serta dicicah dengan pelbagai jenis kuah sebagai sos seperti kuah ikan rebus,
atau kuah ikan ampap.