KUIH KARAS

KUIH KARAS

Kuih Karas adalah makanan tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Rupanya seakan-akan bihun namun rangup dan rasanya manis. Sajian ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras yang agak cair dan dikirai di atas minyak panas menggunakan acuan khas iaitu tempurung yang berlubang-lubang. Kuih ini dilipat apabila telah masak.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-979 3604 Fax : 04-977 0117