ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MENYAMBUT MENANTU PEREMPUAN

PENGENALAN
Adat menyambut menantu bertujuan menjamin dan memastikan hubungan silaturrahim antara keluarga kedua-dua pengantin terjalin dengan eratnya. Adat ini masih diamalkan sehingga kini.
Istilah menyambut menantu bermaksud membawa atau mengalu-alukan kedatangan pengantin perempuan, mana-mana yang bersesuaian. Adat ini pada umumnya dilaksanakan secara tertutup selaras dengan ajaran Islam, dan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja. Majlis bermula dengan acara kesyukuran bacaan doa diikuti dengan jamuan makan tanpa majlis persandingan besar-besaran.
Adat ini diadakan dua atau tiga hari selepas persandingan yang berlangsung di rumah pengantin perempuan. Pihak pengantin perempuan menghantar kedua-dua pengantin ke rumah pengantin lelaki diiringi oleh waris-waris terdekat serta orang kampung. Acara menghantar ini dipanggil blarok, manakala di pihak pengantin lelaki dipanggil menyambut menantu.