NASI KERABU

Keunikan Nasi Kerabu terletak pada bahan utamanya iaitu nasi yang berwarna kebiruan. Ini terhasil daripada kelopak bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea yang dimasak bersama nasi. Justru, terdapat pelbagai variasi nasi kerabu yang berdasarkan warnanya seperti Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Makanan tradisi ini biasanya dihidangkan bersama ikan kering, ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman seperti kubis, timun, kacang panjang, daun kesum dan bunga kantan.