ETAK SALAI

Etak atau Etok (dalam dialek Kelantan), atau
nama saintifiknya Corbiculacea, adalah sejenis kerang sungai di kawasan
antara air tawar dan air masin. Kulit Etak biasanya berwarna coklat kehitaman
atau kuning cerah. Yang berwarna coklat kehitaman sering ditemui di kawasan sungai yang
berlumpur, manakala yang berwarna kuning cerah pula di kawasan berpasir. Etak
dibakar menggunakan arang kayu. Setelah masak, hidangan ini dicampurkan dengan
sedikit garam dan bahan perasa lain untuk menambahkan keenakannya.