AKOK

Kuih Akok sangat popular dalam kalangan masyarakat Kelantan. Kuih ini manis rasanya diperbuat daripada adunan tepung gandum, telur, gula melaka, santan dan daun pandan. Proses pembuatannya melalui kaedah tradisional iaitu dibakar menggunakan sabut kelapa yang dikatakan dapat membantu mengekalkan rasa sebenar kuih tradisional warisan masyarakat Kelantan ini.
BAHAN-BAHAN
15 biji telur
½ kg santan pekat
½ kg manisan
½ kg gula
2 cawan tepung beras
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA
Campurkan semua bahan di atas sehingga sebati dan ditapis, kemudian dibakar sampai nampak kekuningan.