KUIH DANGAI

Kuih
Dangai adalah makanan tradisional yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia
khususnya di Perlis. Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut, kelapa parut,
gula serta sedikit garam, diadun kesemuanya sebelum dibakar menggunakan acuan
khas. Sajian ini menjadi pilihan masyarakat setempat.