IKAN SINGGANG

'Singgang' merujuk kepada masakan yang berkuah dan kurang minyak makan, justeru baik untuk kesihatan Biasanya bahan asas ialah ikan tongkol namun tidak tertakluk kepada satu jenis ikan sahaja. Bahan asas yang lain adalah sotong, ketam, ayam atau daging lembu. Bahan-bahan lain adalah cili padi, bawang merah, bawang puth, halia, lengkuas, kunyit hidup, asam keping dan bendi.
Tumis kesemua bahan, kecuali ikan, bendi dan cili api, sehingga wangi kemudian masukkan air yang kuantitinya mengikut kuantiti ikan. Setelah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan bendi serta cili api dan garam mengikut citarasa masing-masing. Kacau perlahan sehingga ikan masak.