ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MENURUNKAN PUKAT BAHARU

PENGENALAN
Setiap pukat baru yang akan digunakan di laut akan disemah terlebih dahulu oleh pawang menggunakan asap kemenyan berserta bacaan mantera. Dengan menggunakan mayang kelapa penyemahan bermula dari hujung tangkai tali dan berakhir pada bahagian pukat paling bawah. Dipercayai bahawa dengan berbuat demikian pukat tersebut akan mendapat hasil tangkapan yang lumayan.