ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MENURUNKAN PERAHU BAHARU

PENGENALAN
Perahu yang baru siap dan pertama kali diturunkan ke laut hendaklah disemah terlebih dahulu oleh pawang yang akan menyediakan peralatan yang diperlukan. Pawang menjampi perahu dengan mengelilingi perahu sebanyak tiga atau tujuh kali. Adat Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan pelaut yang menggunakan perahu tersebut semasa berada di tengah laut supaya tidak mendapat bencana.