IKAN PATIN TEMPOYAK

Masakan ini sangat popular terutama di daerah
Temerloh, Pahang. Bahan utama ialah ikan patin yang dimasak bersama tempoyak,
yang diperbuat daripada isi buah durian yang diasingkan bijinya, ditambah
sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik
untuk proses penapaian.
Resipi Tempoyak untuk Ikan Patin 'Asli' Pahang
tidak menggunakan bawang, serai, bunga kantan dan bawang putih.
Bahan - Bahan :
·
Cili
·
Kunyit
·
Daun Kesum
·
Tempoyak
·
Ikan (Patin)
Cara memasak :
1. Tumbuk cili dan kunyit.
2. Kemudian
masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang dikehendaki. (boleh meletakkan timun lama jika
anda suka)
3. Masukkan cili dan kunyit yang telah
ditumbuk.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa
secukup rasa dengan garam dan gula.
5. Akhirnya, masukkan Ikan Patin
.