ADAT RESAM BARAAN/ZIARAH BERAMAI-RAMAI

Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai Baraan masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika majlis Baraan inilah mereka saling bermaafan dan berselawat bersamasama disamping menjamu selera dengan pelbagai juadah yang dihidangkan. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, ayam masak pecal, serunding kelapa, sambal tempe goreng, sambal tumis petai, dan gado gado.