TEMPE

Tempe berasaskan kacang soya dan popular dalam kalangan masyarakat Jawa di Johor. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. Makanan ini biasanya digoreng dan dihidangkan bersama sajian lain seperti pecal ayam atau ikan bilis.
Proses pembuatannya bermula dengan kacang soya mentah dilembutkan atau dihancurkan. Kemudian ditambahkan cuka dan sejenis kulat iaitu Rhizopus Oligosporus. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F).