ADAT TEMENGGONG MELAYU MELAKA: ADAT PENYERAHAN PERJANJIAN PERKAHWINAN

ADAT TEMENGGONG MELAYU MELAKA: ADAT PENYERAHAN PERJANJIAN PERKAHWINAN

PENGENALAN

Adat Temenggung adalah salah satu adat yang masih diguna dalam urusan adat istiadat Melayu di negeri ini terutama yang berkaitan dengan urusan berkaitan adat perkahwinan. Ia bermula dengan Adat Merisik (bertanya), Adat Meminang (bertunang), Adat Naik Belanja (biasanya separuh dari jumlah nilai hantaran) dan Adat Menikah. Peraturan inilah yang dinamakan Adat (peraturan beradab) di dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

MAJLIS PENYERAHAN PERJANJIAN PERKAHWINAN

Penyerahan Perjanjian Perkahwinan dilaksana semasa majlis pernikahan. Rombongan pihak pengantin lelaki tiba bersama hantaran dan disambut oleh pihak pengantin perempuan, maka bermulalah sesi penyerahan perjanjian mengikut Adat Temenggong yang meliputi:-

1. Khutbah nikah

2. Majlis Akad Nikah

3.Lafaz Taklik

4. Majlis penyerahan tanggungjawab oleh bapa pengantin perempuan, dan;

5. Majlis penyerahan mas kahwin oleh pengantin lelaki (pegawai syarak)

 Penyerahan perjanjian adat ini dijalankan menggunakan pantun seloka antara kedua-dua pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan dari awal hingga selesai pernikahan.

 Dalam majlis ini juga semua peserta atau sidang memakai Pakaian Adat iaitu pakaian tradisional masyarakat Melayu Melaka yakni baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung atau baju kebaya nyonya bagi perempuan.

 

 

06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka 

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,

Hang Tuah Jaya, 7

5450 Melaka
Tel : 06-2331787
Faks : 06-2331784