CENCALUK

CENCALUK

Cencaluk merupakan makanan tradisional Melaka. Seperti tempoyak, cencaluk juga dimakan bersama dengan nasi dan ulam-ulaman seperti timun, petai, jering, kacang bendi rebus, kacang panjang dan kacang botol. Apa yang menarik, cencaluk ini tidak perlu dimasak seperti tempoyak dan boleh dimakan mentah. Rasanya agak masin tetapi menyelerakan dan dihidang bersama dengan perahan limau kasturi atau lemon serta potongan bawang dan cili padi segar. Bahan-bahan untuk membuat cencaluk terdiri dari udang geragau yang segar, garam dan air. Untuk langkah yang pertama, udang geragau tersebut mesti dibasuh bersih dan ditapis untuk membuang lebihan air. Kemudian, udang tersebut direndam di dalam bancuhan air dan garam. Periuk atau pasu tanah liat biasanya digunakan untuk proses merendam udang geragau ini. Tahap kemasinan cencaluk adalah bergantung dengan jumlah garam yang dimasukkan semasa proses pembuatan. Oleh itu, elakkan dari meletakkan garam terlalu banyak semasa proses pembuatan. Kini, cencaluk diproses untuk tujuan komersial dan produk cencaluk segera yang sudah siap dicampur bahan seperti bawang dan cili juga mudah didapati di sekitar kedai tumpuan pelancong di Melaka.

012-9169505

Hamidah Food Industry (Mamamidah)

KM 15, Bukit Dodol,

77300, Umbai,

Melaka